Johor Bahru dari Singapore
Jarak antara Johor Bahru dan Singapura tidak terlalu jauh kerana bandar Johor Bahru terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Tanpa masalah trafik, ianya hanya mengambil masa dari 30 hingga 45 minit dengan memandu kereta dari Singapura. Oleh kerana jaraknya yang dekat, Johor Bahru menjadi destinasi yang terkenal untuk pengunjung Singapura. Johor Bahru menerima kunjungan dari penduduk Singapura dan juga tetamu antarabangsa. Begitu juga dengan penduduk Johor, Singapura telah menjadi pilihan untuk mereka bercuti. (www.sg2aeon.com)
Terdapat banyak tempat menarik di Johor Bahru antaranya Jalan Wong Ah Fook yang mempunyai banyak kafe-kafe yang lama dan masih beroperasi. Selain itu, Johor Bahru juga mempunyai tarikan antarabangsa iaitu Legoland, Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Tempat yang cantik untuk mengambil gambar antaranya Danga Bay dan Puteri Harbour yang terletak di Nusajaya. (www.sg2aeon.com)
Untuk pencinta alam yang ingin mencari tempat bercuti, antara tempat hijau yang boleh dilawati ialah: Gunung Pulai, Pusat Rekreasi Danga Bay, Pantai Desaru, Mersing yang menjadi tempat transit untuk ke Pulau Tioman, Gunung Ledang, Pusat National Tanjung Piai-Johor dan Amigos Horse Riding di Tanjung Puteri Golf Resort. (www.sg2aeon.com)
Kalau anda tengah mencari cara terbaik untuk berkunjung dari Singapore ke Johor Bahru, berikut merupakan pilihan yang boleh dipilih. (www.sg2aeon.com)
[su_table responsive=”yes”]
Method | Time Consumed | Price (SGD) | Destination | Comfortable | Reviews |
---|---|---|---|---|---|
Berjalan Kaki |
30-40 minit | SGD 0.00 | JB Checkpoint | 1/5 | Tidak mudah jika membawa anak kecil atau orang tua |
Perkhidmatan bas merentasi sempadan |
Bergantung pada aliran trafik, boleh mengambil masa sehingga 3 jam jika ada masalah trafik | SGD 1.50 – SGD 3.50 bergantung pada tempat pick-up dan drop-off | Bergantung pada tempat drop off sama ada JB Checkpoint, Larkin Terminal atau Link Kedua) | 2/5 | Menunggu dalam bas dalam keadaan berdiri jika tiada tempat duduk |
KTM (Keretapi) | 5 minit | SGD 5.00 | JB Checkpoint | 3/5 | Jualan tiket cepat habis dan tak boleh refund jika tertinggal keretapi. |
Perkhidmatan teksi merentasi sempadan | Bergantung pada aliran trafik, boleh mengambil masa sehingga 3 jam jika ada masalah trafik | SGD 48.00 untuk satu teksi, SGD 12.00 seorang jika kongsi 4 orang | Larkin Terminal | 4/5 | Maksimum 4 orang untuk satu teksi dan perlu menukar teksi di Larkin Terminal jika hendak ke destinasi lain. |
SG2JB (Perkhidmatan Teksi Persendirian)
[maxbutton id=”12″] |
Bergantung pada destinasi dan lalu lintas | Bergantung pada jenis kereta yang dipilih, dengan harga serendah SGD 100 satu kereta. Jika berkongsi 6 orang, SGD 16.70 seorang. | Di mana-mana sahaja bergantung kepada kehendak pelanggan (bandar Johor Bahru, Legoland, JPO, The Little Big Club, Kukup, Desaru, Mersing) | 5/5 | 7 tempat duduk MPV yang selesa, boleh dikongsi sehingga 6 orang. |
[/su_table]
Berjalan Kaki
Anda boleh berjalan kaki sepanjang tambak Singapore – Johor Bahru yang mengambil masa 30 hingga 40 minit . Ianya tidak berbayar tapi agak memenatkna juga. Kaedah ini tidak digalakkan untuk keluarga yang membawa anak kecil atau orang yang berumur. (www.sg2aeon.com)
Perkhidmatan bas merentasi sempadan
Pilihan kedua, anda boleh mengambil perkhidmatan bas merentasi sempadan. Harganya bergantung pada sejauh mana destinasi anda hendak tuju. Servis ini lebih memudahkan jika dibandingkan dengan berjalan kaki namun anda harus bertahan dalam keadaan berdiri jika ada masalah trafik. (www.sg2aeon.com)
KTM (Keretapi)
Pilihan seterusnya adalah KTM iaitu perkhidmatan keretapi untuk merentasi sempadan. Waktu yang diperlukan ke Johor Bahru hanya 5 minit sahaja dan harganya SGD 5 sehala. Bagaimanapun, tiket KTM laris dijual dan anda perlu tiba di stesen keretapi 30 minit lebih awal. Keretapi akan berlepas pada waktu yang telah ditetapkan dan jika anda terlepas keretapi, bayaran balik tiket tidak boleh dikembalikan. (www.sg2aeon.com)
Perkhidmatan teksi merentasi sempadan
Perkhidmatan teksi merentasi sempadan merupakan salah satu pilihan untuk perjalanan antara Singapore dan Johor Bahru. Teksi Singapore boleh pick-up dan drop-off penumpang di mana saja di Singapore tapi hanya boleh drop-off penumpang di Larkin Taxi & Bus Terminal Johor Bahru sahaja. Harga bagi sebuah teksi ke larkin adalah SGD 48 tapi hanya memuatkan 4 orang dalam satu teksi. Jika anda perlu ke tempat lain, anda perlu menukar kepada teksi Malaysia untuk meneruskan perjalanan di sekitar Johor Bahru. (www.sg2aeon.com)
SG2JB (Perkhidmatan Teksi Persendirian)
Pilihan terakhir adalah anda boleh tempah perkhidmatan teksi persendirian dengan SG2AEON. Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara Johor dan Singapore. Kami boleh pickup anda dari mana-mana tempat di Singapore dan boleh menghantar ke mana-mana tempat di Johor termasuk bandar Johor Bahru, Legoland, JPO, The Little Big Club, Kukup, Desaru, Mersing dan sebagainya. (www.sg2aeon.com)
SG2AEON menyediakan beberapa jenis MPV 7 tempat duduk yang selesa dan boleh dipilih dengan harga serendah SGD 100 bergantung pada destinasi anda. Sebagai contoh, anda memilih Toyota Innova dan ingin ke Johor Bahru dari Singapore, harganya hanya SGD 100.00 untuk satu kereta sehala. Jika anda ingin dua hala dan kembali semula ke Singapore, harganya hanya SGD 200.00. Murah dan selesa itu keutamaan kami. SG2JB sedang buat promosi, tempah sekarang dan dapatkan harga SGD 90.00! (www.sg2aeon.com)
[maxbutton id=”12″]