Johor Bahru merupakan destinasi yang amat diminati oleh pelancong terutama pada musim cuti persekolahan. Pelbagai tempat mahupun kedai yang boleh dikunjungi bagi memenuhi masa lapang ketika sedang bercuti. Selain itu, anda juga boleh memenuhi masa yang ada bersama keluarga dengan bersantai di kawasan yang amat menarik di Johor Bahru terutama pada waktu malam.
Disini tersenarai tiga laman santai yang menarik di Johor Bahru dan mampu membuatkan anda teruja dalam menikmati keunikan mercu tanda bagi negeri Johor.
Jika anda mencari private taxi to jb atau taxi to sg , anda boleh menghubungi kami untuk perjalanan anda dari singapore to jb/singapore to johor/johor bahru to singapore.
Laman Serene
Laman Serene menjadi satu lagi ikon baharu pelancongan di Johor. Laman ini berkonsepkan arca bulan bintang, menara dan dataran yang dibina di hadapan Istana Bukit Serene. Setiap reka bentuk di laman ini dibina dengan maksud yang tersendiri dalam melambangkan keagungan negeri Johor.
Arca bulan dan bintang dengan ketinggian 12 meter diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera negeri Johor. Konsep menara pula hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene, manakala konsep reka bentuk Dataran merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Laman Serene ini juga telah dijadikan tempat bersantai bersama ahli keluarga dalam menikmati keindahan suasana di Johor Bahru pada waktu malam.
(www.sg2aeon.com)
Laman Mahkota
Laman Mahkota merupakan satu lagi mercu tanda Diraja Johor, yang terletak di hadapan pagar utama Istana Bukit Serene. Laman ini menjadi tarikan utama rakyat dan para pengunjung yang berkunjung ke bandar raya ini.
Komponen utama yang menjadi tarikan adalah replika mahkota kebanggaan Johor seberat 2,800 kilogram yang diletakkan pada ketinggian 20.9 meter. Selain itu, mahkota tersebut juga dikatakan disaluti dengan 3,063 kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu mengikut 17 jenis saiz berbeza bagi menjadikan struktur tersebut unik dan menarik perhatian.
Selain mempunyai keunikan tersendiri, landskap yang cantic dan direka khas di situ juga berjaya menarik perhatian pengunjung. Laman Mahkota ini agak terkenal kerana menjadi tempat beristirahat sambil meluangkan masa bersama keluarga terutama pada hujung minggu.(www.sg2aeon.com)
“Water Fountain”
Water Fountain yang terletak di antara laman serene dan laman mahkota adalah merupakan kawasan yang amat diminati pengunjung. Kawasan ini amat menarik terutama pada waktu malam kerana mempunyai pencahayaan lampu yang berwarna warni diikuti pancutan air yang kedengaran tenang.
Kawasan ini amat meriah terutama pada hujung minggu kerana pengunjung gemar membawa anak- anak ke kawasan ini untuk memberi peluang mereka bermain bebas di sekitar kawasan ini. Selain itu, terdapat pelbagai jenis permainan yang dijual di kawasan ini oleh peniaga kecil seperti belon, pistol berlampu dan sebagainya. Kesemuanya dijual dengan harga yang mampu milik dan menjadi daya tarikan untuk kanak – kanak. Pastinya kawasan ini menjadi tempat yang digemari semua lapisan masyarakat untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama keluarga ataupun sahabat handai.
(www.sg2aeon.com)
Ketiga – tiga laman yang disenaraikan merupakan kawasan yang agak menarik di Johor Bahru terutama pada waktu malam dan hujung minggu. Namun begitu, pengunjung juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan ketika berkunjung ke laman tersebut.(www.sg2aeon.com)
Jika anda mencari private taxi to jb atau taxi to sg , anda boleh menghubungi kami untuk perjalanan anda dari singapore to jb/singapore to johor/johor bahru to singapore.
SG2AEON (Perkhidmatan Teksi Persendirian)
Kami menyediakan Taxi antara Johor dan Singapore. Kami boleh mengambil anda dari mana-mana tempat di Singapura dan boleh menghantar ke mana-mana tempat di Johor termasuk bandar Johor Bahru, Legoland, JPO, The Little Big Club, Kukup, Desaru, Mersing dan sebagainya. (www.sg2aeon.com)
SG2AEON menyediakan beberapa jenis MPV 7 tempat duduk yang selesa dan boleh dipilih dengan harga serendah SGD 100 bergantung pada destinasi anda. Sebagai contoh, anda memilih Toyota Innova dan ingin johor bahru to singapore, harganya hanya SGD 100.00 untuk satu kereta sehala. Jika anda ingin dua hala dan kembali semula ke Singapore, harganya hanya SGD 200.00. Murah dan selesa itu keutamaan kami. SG2AEON sedang buat promosi, tempah sekarang dan dapatkan harga SGD 90.00! (www.sg2aeon.com)
[maxbutton id=”12″]